Saya tak peduli, dia muat naik apa pun. Tapi, adakah saya tulis nama dia? Tolong diam! Saya tak buat apa-apa pertuduhan secara langsung. Demikian kata pengacara, Azwan Ali, ketika diminta mengulas mengenai isu panas membabitkan namanya dan pelakon, Rozita Che Wan yang tular, baru-baru ini.
Azwan, 57, yang popular dengan gelaran Diva AA berkata, dia tidak menyebut nama sesiapa dalam hantarannya di media sosial, berkaitan dakwaan bahawa dirinya disihir.
Sebenarnya, saya tak sebut nama sesiapa. Saya adalah peguam dan bila kita tak sebut nama sesiapa, pusing ke mana pun, kita akan selamat. Dari segi undang-undang, tak ada kes. Lainlah kalau sebut nama begini, begini, jadi, memang boleh saman. Tapi, saya tak sebut sebarang nama yang sihirkan saya.
Kerana apa yang sedang tular sekarang, mestilah pihak sana melenting. Aku sebut nama kau ke, ‘bedah’? Siapa makan cili, dia terasa pedas,” katanya kepada Harian Metro. Ditanya mengenai sihir yang dihantar kepadanya dan kesan kepada kesihatannya, Azwan berkongsi mengenai ‘serangan’ terakhir yang dialaminya, awal pagi tadi.
Saya cakap terus terang, saya adalah orang yang tak berahsia dan jujur. Malam semalam, jam 2 pagi, demi Allah saya cakap, saya mengaku bahawa saya ‘diserang’. Mungkin mereka tak mahu saya muncul di acara hari ini. Tapi, kebesaran Allah mengizinkan saya di sini,” katanya.
Menurut Azwan, dia berikhtiar dan berubat dengan seorang ustaz dan sambil menitiskan air mata, meluahkan rasa syukur kerana doa pengikut-pengikut yang sentiasa menguatkannya. Sejujurnya, ada tempat yang saya berubat. Ada seorang ustaz yang ubatkan saya dan dia tak sebut nama sesiapa. Kepada pengikut-pengikut saya, saya rasa sangat sebak sebab saya masih hidup.
Sebenarnya, saya sakit. Sakit, kalau ditanya memang sakitlah. Tergamaklah. Kenapa mesti marah sangat dengan saya? Memang saya mulut jahat. Saya akui. Tapi, tak payah sihir kot sebab terlalu sakit,” katanya. Tambah Azwan, ‘serangan’ sihir itu bermula semula sejak minggu lalu dan mengganggu aktiviti hariannya.
Ia bukanlah sisa-sisa rasa sakit atau apa, tetapi ‘serangan’ yang berulang. Dah setahun saya berubat dan saya okay sahaja. Tapi, sejak minggu lalu, saya ‘diserang’ semula. Saya rasa pelik sangat sebab saya tak dapat berjalan dan rasa badan saya seperti dibakar. Orang akan cakap, sikit-sikit, nak kaitkan dengan sihir. Orang bercakap begitu kerana mereka tak kena sendiri.
Saya berusaha berubat sebelum bertolak dari Semenyih tadi. Saya hampir beritahu penganjur bahawa saya tak dapat hadir. Saya bangun pagi tadi, makan ubat, berikhtiar, dan saya kuat. Ditambah dengan doa-doa daripada pengikut saya. Terima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan saya,” katanya.
Terbaharu, Azwan membintangi video muzik single terbaharu berjudul Faham Tak nyanyian penyanyi, Alyssa Dezek. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.