Hisyam Nafi Rumah Tangga Bergolak ,Hidup bahagia bersama isteri

Pelakon Hisyam Hamid, 38, menafikan dakwaan perkahwinannya bersama Rosmawati Hanafi atau Mel sedang bergolak. Hisyam berkata, dia masih melalui fasa kehidupan rumah tangga yang bahagia bersama Mel dan anak-anaknya walaupun keluarganya berjauhan dan menetap di Singapura.

Tambah pelakon drama Hatimu Sedingin Salju ini, dia juga memilih untuk tidak banyak berkongsi perihal peribadinya dalam laman sosial berikutan lebih selesa menggunakan platform itu atas dasar kerja.

Bertanya perancangan membawa anak-anak berpindah ke Malaysia, Hisyam berkata, dua anaknya semakin membesar membuatkan mereka memutuskan untuk kekal menetap di Singapura.Hisham mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 16, dan Haydeen, 14.

Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version