Penjualan tiket konsert Ella di Singapura cipta sejarah

Ratu Rock Negara, Ella, 57, melakar sejarah apabila konsertnya Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di The Star Theatre, Singapura terjual habis dan menarik lebih 10,000 penonton kedua-dua malam 17 serta 18 Ogos lalu. Ella bersama penganjurnya LOL Asia mencipta rekod baharu tiket konsert penghibur Malaysia paling laku dalam tempoh dua jam.

Rekod terbabit dianugerahkan oleh Singapore Book of Records. Terima kasih kepada peminat dan penganjur atas kepercayaan berterusan menyokong saya. Konsert terbabit menjadi kenangan terbaik sebagai antara persembahan paling ikonik saya,” kata Ella.

Ketua Pegawai Eksekutif LOL Asia, Rizal Kamal pula sangat berbangga apabila acara mereka benar-benar mendapat sokongan luar biasa di Singapura. Rekod itu membuktikan Ella sememangnya Ratu Rock kita. Kami bangga dapat terbitkan konsertnya di Singapura, lagu-lagunya memang semua malar segar.

Tenaga yang disalurkan penonton sangat luar biasa. Dua malam yang sangat menakjubkan,” katanya.Ella mempersembahkan lebih 30 lagu popularnya pada konsert terbabit. Turut menghiburkan penonton adalah penampilan Datuk Amy Search dan Kaka Azraff. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version