Baru-baru ini, ibu kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah, Fauziah Sarman telah mendedahkan tindakan wanita yang membuatkan bekas suaminya, ND Lala tidak pulang ke rumah sehingga membawa kepada perpisahan mereka. Dalam perkongsian tersebut, Fauziah juga mengatakan anak lelakinya turut dituduh ambil kereta dan dilaporkan ke pihak polis. Kali ini, wanita berkenaan telah memuat naik pula video sewaktu anaknya dipaksa untuk membaca pengakuan bertulis serta menandatangani permohonan maaf walaupun ia bukanlah kesalahannya. Klik sini untuk lihat video.
Lebih menyedihkan, tindakan tersebut dirakam sendiri oleh bapa kandungnya iaitu ND Lala atau nama sebenarnya, Datuk Amir Amzah bersama isteri baharu. Menjengah ke ruangan kapsyen, ramai yang perasan gerak-geri ND Lala seakan pelik lebih-lebih lagi ketika dia merakam video anaknya membaca pengakuan bertulis tersebut. Mereka juga berharap agar ibu kepada Shila Amzah itu ‘move on’ dan tidak lagi memikirkan rumahtangganya yang sudah dimusnahkan seorang wanita yang telah dianggap seperti anaknya sendiri.
Terdahulu, Fauziah memaklumkan yang bekas suaminya telah melafazkan talak pada 2 Ogos lalu iaitu beberapa hari sebelum anak sulungnya mendirikan rumah tangga. Dia juga memuat naik tangkapan layar mesej suara yang dihantar ND Lala bagi mengesahkan lafaz cerai pada 8 Ogos 2023. Mereka telah mendirikan rumah tangga selama 34 tahun dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata serta dua orang cucu. Sumber: Omm.
PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.