Lebih percaya pada bakal isteri, Tunang Lucinta Luna bengang bila pengacara persoalkan tentang jantina

TUNANG kepada selebriti media sosial Lucinta Luna iaitu Alan mengamuk apabila pengacara Deddy Corbuzier mempersoalkan mengenai jantina bakal isterinya itu. Dalam rakaman video yang tular, Alan tidak dapat menerima hakikat apabila Deddy memberitahu Lucinta merupakan seorang transgender. Tampil mempertahankan tunangnya, Alan berkata dia lebih mempercayai Lucinta yang dilahirkan sebagai wanita. “Tunggu! Saya mahu mengatakan sesuatu kerana ramai yang memberitahu saya bahawa Luna seorang lelaki.

“Saya mahu memberitahu kepada semua… dia adalah seorang wanita sejak lahir lagi. Saya percaya kepada bakal isteri saya,” katanya. Sebelum itu, pasangan ini dijemput sebagai tetamu undangan untuk siaran podcast yang dimuat naik di laman YouTube milik Deddy. Situasi menjadi tegang apabila Deddy berniat untuk membongkar identiti selebriti media sosial popular Indonesia itu dengan mengatakan dia seorang transgender. Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah, 34, terpaksa meleraikan kekecohan tersebut dengan menghentak meja dan meminta kedua-dua mereka untuk berhenti berdebat.

Dalam pada itu, Alan meluahkan rasa kesal apabila kunjungan mereka ke studio berkenaan untuk tujuan berkongsi kisah perkahwinan akhirnya ditanya berkaitan dengan isu yang tidak sepatutnya. “Kenapa kamu (Deddy) selalu cakap dia transgender? Kami datang ke sini untuk berkongsi perasaan… bercerita tentang lamaran dan pernikahan kami,” ujarnya. Lucinta juga memberitahu dirinya kecewa apabila dituduh sebagai transgender, termasuk ramai warganet yang menghantar mesej kepada Alan untuk membongkar identiti sebenarnya.

Kata Lucinta, dia juga berhak untuk mengecapi kebahagiaan bersama tunangnya itu. “Saya juga sakit hati… saya ini wanita tapi kamu (Deddy) seolah-olah ingin membuatkan tunang saya percaya tentang perkara (transgender) ini. “Alan sudah banyak menerima DM daripada warganet yang memberi kritikan terhadap saya. Apa lagi yang mereka mahukan? Saya juga berhak untuk bahagia,” katanya. Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangannya bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia. Kata Luna, pertunangan tersebut mendapat restu ibu bapa kedua belah pihak malah mereka turut menghadiri acara berkenaan.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat tentangan daripada warganet yang kurang senang dengan tindakan Lucinta Luna. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version