Pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad, 39, gembira apabila anak sulungnya, Nayla Mikayla, 11, membuat keputusan bertudung tanpa disuruh. Nabil berkata, dia dan isteri, Nazirah Ayub tidak menyangka Mika tiba-tiba memberitahu mahu memakai tudung.
Kami macam tak sangka sebab dia baru darjah lima. Kami nak biar dia buat apa yang selesa dulu. Alhamdulillah dia sendiri buat keputusan ini. Saya memang tak pernah kongsi dengan sesiapa pun. Saya tersangat gembira, sampai saya takut nak kongsi. Takut nanti Allah uji dia untuk buka balik. Itu yang saya biar saja dulu.
Namun, saya sokong saja kehendaknya apabila tanya dia nak tudung warna apa dan nak anak tudung yang macamana,” katanya. Perkara ini disedari masyarakat apabila penyampai radio Era ini berkongsi beberapa video berkaitan menerusi media sosialnya.
Nabil berkata, mereka sekeluarga berharap Mika istiqomah dalam hidupnya. Allah bagi dia istiqomah. Lepas itu, dia nak belajar agama juga. Memang itulah yang saya harapkan. Tiada yang lebih menggembirakan saya daripada anak-anak saya ini buat benda yang ikut agama.
Saya gembira dan lega kerana bapa dia (diri sendiri) dulu tak baik, nakal, belajar agama lambat dan dapat hidayah pun lambat. Jadi, kalau boleh saya tak nak anak saya lalu satu perjalanan yang menguji. Biar dia ikut laluan yang betul. Itu yang saya nak bimbing dia. Insya-Allah,” katanya.
Nabil juga tidak menolak sekiranya ada mana-mana pihak mahu menaja tudung untuk Mika sebagai cara untuk lebih menggalakkan dia memakai tudung berterusan, elok dan cantik. Biar dia pergi sekolah pakai tudung cantik, pergi bersukan pakai tudung cantik dan dia mula belajar. Itu yang seronok. Tapi saya takut sangat nak kongsi kepada masyarakat. Maklumlah budak-budak. Kadang dia nak dan kadang tidak.
Sekarang dia rela sendiri. Kita semua ada ujian dan dugaan. Iman ini bukan setakat naik turun, kadang-kadang terkeluar dan dia masuk balik,” katanya. Dalam perkembangan berkaitan, Nabil enggan mengecam atau mengeluarkan perkataan negatif terhadap artis yang membuka tudung.
Yang diuji kita jangan cemuh dia. Jangan pandang negatif. Kita tak tahu nasib kita. Benda ini saya tekankan kepada orang yang suka menilai. Saya ada tiga anak perempuan termasuk isteri, ada empat. Mak dan mak mentua ada lagi. Kita tak tahu apa ujian yang mereka kena lalu. Jadi jaga percakapan dan mulut kita. Saya minta kita doakan yang baik-baik.
Minta dia diberi ketenangan jiwa, bagi dia hidayah untuk pakai tudung tutup aurat semula. Itu yang patut kita lontarkan,” katanya. Nabil berkahwin dengan Nazirah Ayub pada 30 September 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Nayla Mikayla, Leyla Medyna, 8, dan Mishall Imani, 4.
Kredit Harian Metro.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut