Nama pelakon Farid Kamil menjadi bualan ramai setelah sah melafazkan talak satu kepada kepada Diana Danielle secara atas talian menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie Hakim Syarie, Shukran Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Farid menjadi perhatian apabila dirinya tidak dapat hadir ke prosiding perpisahan di mahkamah kerana kurang sihat selepas mengalami kesan sampingan setelah dijangkiti Covid-19 baru-baru ini. Meskipun tidak hadir, Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari dilihat membuat sebuah hantaran mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.
Farid berkata, segala perancangan dan usaha telah pun dilakukan, namun segalanya terserah kepada setiap ketetapan Yang Maha Berkuasa. “Alhamdulillah. Terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan anda semua bahagia dunia akhirat. Kita boleh rancang, kita boleh usaha, ketetapa tetap pada yang punya kuasa,” tulisnya beserta sebuah video. Bgaaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah sepotong video dikongsikan oleh pelakon berusia 42 tahun dilihat sedang bersuluk dan gembira ketika dipakaikan serban oleh seorang ustaz. Klik sini untuk lihat video.
Untuk pengetahuan, bersuluk membawa maksud pengasingan diri untuk bertakafur atau menenangkan fikiran serta mendekatkan diri dengan Allah S.W.T. Malah, dalam video berkenaan, jelas menunjukkan Farid sedang melakukan sebahagian daripada proses bersuluk dan dipercayai telah ‘keluar’ selama tiga hari. Rata-rata warganet turut tumpang gembira dan mendoakan agar urusan pelakon filem Anwar: The Untold Story itu dipermudahkan serta sentiasa di bawah lindungan Allah. Tidak kurang juga, terdapat warganet sebak dengan hantaran dikongsikan oleh bapa kepada sepasang cahaya mata.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.