Baru-baru ini, bekas tunang kepada Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey dilihat ada memuat naik video keluar bersama aktres tersebut. Menerusi perkongsian di Instagram, Zarina atau lebih mesra disapa Anju ada memuat naik video mengulas mengenai hubungan dengan bekas tunangnya itu. Zarina berkata dia tidak menolak kemungkinan untuk kembali bersama namun menyerahkan soal jodoh mereka ditangan Tuhan. Klik sini untuk lihat video.
Dalam pada itu, Anju menjawab tohmahan warganet dia kembali kepada bekas tunang kerana berpoket tebal. Anju mengakui perkara itu serta mengatakan dia suka keluar dengan lelaki berduit. “Cerita pasal anju n dato get back balik…Well we r heading there tapi jodoh di tangan Allah. At this point im just goin where my life takes me… “Adakah aku berbalik pada dia pasal pocket dia tebal ? Yes itu adalah salah satu sebab nya. Lantak kau la nak laki miskin thats on u. Aku suka keluar dgn laki berduit,” katanya.
Terdahulu, hubungan Khazrul dan Anju dikatakan terlerai selepas dua minggu mengikat tali pertunangan. Malah, Khazrul berkata dia bukanlah lelaki yang terbaik buat Anju serta memilih untuk terus bersahabat baik. Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.