Anak sulung kepada mngs nahas kejadian di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan iaitu Abdur Rahman memohon orang ramai tidak lagi membuat hantaran membabitkan kejadian tersebut. Abdur Rahman memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya. Dalam hantaran tersebut, Abdur Rahman berharap agar orang ramai memahami situasi dan menghormati privasinya. “Tolong jangan update apa-apa pasal kejadian yang menimpa pasal keluarga saya lagi ya selepas ini.
“Saya mohon untuk semua faham dan jaga privasi saya,” coretnya. Dalam pada itu, ruangan komen hantaran berkenaan dihujani dengan ucapan dan doa orang ramai terhadap Abdur Rahman. Terdahulu, media melaporkan berlaku kejadian tak diingini melibatkan lima kenderaan iaitu sebuah treler, sebuah Honda HRV, sebuah Proton Wira, sebuah Perodua Bezza dan Perodua Alza yang dinaiki mngs sekeluarga. Dalam kejadian tersebut, Abdur Rahman kehilangan ibu bapa dan empat orang adik dalam kejadian yang berlaku di kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada awal September lalu. Jnzh enam sekeluarga itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong, Johor.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.