Penyanyi Aina Abdul menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka. Ketika ditemui, Aina berkata dia masih belum terfikir untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat. Bagaimanapun dia tidak menghalang dirinya untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. “Teman lelaki? Saya menafikan perkara itu. Tapi saya tidak menghalang diri saya untuk berkawan. Sampai ada kala orang cakap lagu saya banyak berdasarkan kisah sebenar hubungan cinta saya. Saya manusia biasa, kawan dengan semua. Tapi untuk menamatkan zaman bujang itu lambat lagi lah. Tidak ke arah itu lagi (berumah tangga).
Saya terlampau memikirkan tentang kerja. Tapi sudah pasti ingin berkawan. Tapi tiada yang istimewa. Saya menafikan dakwaan saya sedang bercinta. Untuk orang nak berkawan dengan saya boleh, tapi tidak untuk next level.” Aina berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert A Night With Aina Abdul 3.0 yang berlangsung di Starhill, Bukit Bintang pada Selasa. Sementara itu, ketika disoal adakah dirinya ada menyukai mana-mana lelaki, pelantun lagu Terus Hidup itu mengiyakan pertanyaan tersebut.
Dalam masa sama, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-37 itu berkata dia berasa takut sekiranya tidak dapat memberikan seratus peratus perhatian dalam hubungannya. “Sudah pasti ada (crush), saya suka lihat sesuatu yang cantik sesuatu yang kacak sesuatu yang lawa. Sesuatu yang menyejukkan mata saya. Tapi saya tahu saya sejenis yang tak boleh beri seratus peratus komitmen dan saya tidak mahu kecewakan pasangan saya nanti. Saya suka benda yang orang tak suka. Sesuatu yang different. Untuk cari seseorang yang sepadan dengan hati saya agak susah. Saya ni banyak lapisan macam bawang. Untuk cari seseorang perlu ambil masa, tak nak sekadar berkawan nanti saya lukakan hati orang.”
A Night With Aina Abdul 3.0 bakal berlangsung pada 18 November 2023 dan memilih dewan Axiata Arena, Bukit Jalil sebagai lokasinya. Konsert anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) itu turut menyaksikan Aina Abdul Entertainment (AAE) selaku pengajur bersama dan bakal mempertaruhkan sebanyak 33 buah lagu. Tiket konsert mula dijual dengan harga RM98 (Silver), RM188 (Gold), RM258 (Platinum), RM288 (VIP), RM358 (VVIP) dan RM458 (MIP) bermula 15 September 2023. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.