Alyah muat naik video bagi kek dekat Tok Ram, tapi stokin dekat kaki Tokram pula yang warganet perhatikan

Penyanyi Datin Alyah berkongsi video memperlihatkan suaminya pemuzik terkenal iaitu Datuk Ramli MS sedang sibuk melakukan kerjanya menarik perhatian warganet di TikTok. Menerusi perkongsian itu, Ramli atau mesra disapa sebagai Tok Ram menegur Alyah yang datang membawa sepotong kek sambil merakam aksinya sedang bekerja. “Kenapa nak kena ambil gambar ini… bagi tak ikhlas, bagitahu orang,” kata Tok Ram. Alyah sambil ketawa memberitahu tujuan dia merakam momen itu kerana mahu suaminya mempromosikan kek buatannya daripada Dapur Alyah. Klik sini untuk lihat video.

Malah menerusi kapsyen di perkongsian itu, Alyah turut berkata dia mengambil kesempatan itu sebelum suaminya sibuk dengan program realiti All StarzsGegar Vaganza yang bermula pada Ahad ini. “Selepas ini dia sibuk GV, tak ada sasaran la lagi untuk dijadikan bahan,” tulisnya. Bagaimanapun, rata-rata warganet lebih tertarik dengan pemakaian stokin di kaki Tok Ram. Membalas komen warganet, Alyah memberitahu Tok Ram memakai stokin itu disebabkan kakinya terseliuh ketika menjalani penggambaran Projek Bapak-Bapak musim kedua di Australia baru-baru ini.

Sumber: Gempak.

Exit mobile version