Pelakon wanita popular, Anna Jobling memaklumkan yang bapanya, Abdul Rahman Jobling Abdullah telah meninggal dunia di United Kingdom semalam. Memetik laporan dari Berita Harian, allahyarham telah menghembuskan nafasnya yang terakhir disebabkan srngn jantung. Perkara tersebut dimaklumkan Anna menerusi Insta Story miliknya dan memohon para peminat dapat sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah bapanya. Menerusi maklumat dari pengurusnya, Shawn Amer, Anna tidak dapat menatap wajah bapanya buat kali terakhir berikutan berada di Bali, Indonesia atas urusan kerja.
“Allahyarham meninggal dunia di UK akibat penyakit jantung, semalam. Bagaimanapun, Anna tidak dapat bersama arwah buat kali terakhir kerana terikat dengan jadual penggambaran di Bali,” katanya. Difahamkan, ketika ini pelakon tersebut sedang menjalani penggambaran drama bersiri The One untuk sebuah platform penstriman di Indonesia. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.