Azhar Sulaiman dipuji sebab pandai jaga ank walaupun berpakaian menjolok mata, ini pula reaksi tuan badan

Pelakon Azhar Sulaiman menganggap kehidupannya masih bernasib baik kerana tidak diuji dengan masalah besar membabitkan anak gadisnya Kasih Iris Leona. Azhar tampil memberi respon selepas terdapat segelintir warganet di aplikasi X memuji caranya mendidik anak walaupun Leona kerap berpakaian menjolok mata. Bagaimanapun, pelakon berusia 53 tahun itu mengaku menjalani kehidupan dengan penuh kebimbangan seolah-olah risau sekiranya berlaku kontroversi tidak diingini membabitkan anaknya.

“Salam semua, saya bukan lebih pandai.. tapi bernasib baik lagi sebab Allah tak uji dengan isu yang lebih besar. Saya sentiasa hidup dalam suspen sekarang,” tulisnya dalam satu ciapan. Ciapan tersebut adalah balasan kepada sebuah hantaran oleh akaun @NikitaNikAziz mengenai kontroversi dilalui anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim yang didakwa sebagai ‘penyondol’. Hantaran terbabit memuji kelakuan Leona yang sinonim dengan kritikan berhubung penampilannya, tetapi masih tahu menjaga diri.

Terdahulu, Marrisa mengaku salah tentang dakwaan menjadi perosak rumah tangga sepasang suami isteri yang tular di media sosial sejak Khamis. Namun, remaja berusia 18 tahun itu menegaskan bahawa terdapat beberapa dakwaan yang dilemparkan adalah tidak benar. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version