Sejak 28 Julai lalu, Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan Op Pematuhan Peraturan Lalu Lintas di seluruh negara. Salah satu daripada operasi yang dijalankan adalah berkaitan dengan garisan putih. Pengguna jalan raya yang berhentikan kenderaan melebihi garisan putih boleh dikenakan tindakan pnjra dan denda. Baru-baru ini, polis Kuala Lumpur telah melaksanakan operasi terbabit melibatkan jalan raya di sekitar ibu negara. Klik sini untuk lihat video.
Seorang pengguna X berkongsi sebuah video yang memaparkan beberapa pengguna jalan raya yang berhentikan kenderaan melebihi garisan putih disaman anggota polis trafik. Dalam video itu, dapat dilihat penunggang motosikal dan pemandu kereta yang berhenti melebihi garisan putih di lampu isyarat ditahan polis trafik. Malah, ada yang cuba mengundur kenderaannya apabila terlajak berhenti melebihi garisan putih namun dapat ditangkap anggota polis trafik yang bertugas di situ. Memang tak kasi can langsung!
Rata-rata warganet yang melihat video itu bersetuju dengan tindakan saman yang dijalankan. Malah, ada yang mengharapkan operasi ini turut diperluaskan di seluruh negara. Untuk pengetahuan korang, mana-mana individu yang melakukan kesalahan di atas boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau dipnjrkan selama tempoh tidak melebihi enam bulan. Perbuatan berhenti melebihi garisan putih adalah salah satu punca berlakunya kesesakan lalu lintas, kejadian tak diingini dan juga boleh mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.