Bukan faktor juruterbang, laporan awal dedah ini punca pesawat di Elmina jatuh

Laporan awal nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu telah dimuat naik di laman sesawang Kementerian Pengangkutan (MoT). Laporan awal yang mengandungi 26 muka surat itu dimulakan dengan pengenalan serta sinopsis, fakta mengenai pesawat, tragedi, teknik penyiasatan dan diakhiri dengan rumusan serta hasil siasatan. Disediakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) MoT, laporan mendedahkan punca tragedi tersebut adalah daya nyahpecutan dan kebakaran selepas kejadian.

Menurut laporan tersebut juga, pesawat yang terlibat dalam tragedi berkenaan mempunyai sijil kelayakan udara yang sah serta diselenggara dengan baik dan mengikut peraturan dan layak untuk melakukan penerbangan. Bagaimanapun, pesawat berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana magnitud daya nyahpecutan (deceleration force) dan kebakaran selepas kejadian. Dalam masa yang sama, tiada bukti ketidakupayaan atau faktor fisiologi yang menjejaskan prestasi kru penerbangan kerana kejadian berlaku pada waktu siang dengan penglihatan yang jelas dan keadaan meteorologi yang baik.

Selain itu, juruterbang mempunyai lesen yang sah dan layak untuk melakukan penerbangan mengikut peraturan sedia ada dan hasil siasatan mendapati juruterbang pesawat sudahpun menghubungi menara kawalan untuk mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang pada jam 2.47 petang. Tidak lama selepas itu, pesawat Beechcraft Premier 1 tersebut menerima kebenaran untuk mendarat di landasan 15 dan juruterbang ada menerima maklum balas berkenaan. Pun begitu, tiada transmisi radio kedengaran dari pesawat sebelum nahas dilaporkan hingga mengorbankan 10 nyawa.

Menurut data yang dikeluarkan, juruterbang telah mengurangkan kelajuan pesawat dan mula untuk mendarat pada ketinggian 2,600 kaki. Namun, pesawat mula untuk belok ke kanan pada ketinggian 1,025 dan kemudian terhempas. Kedua-dua juruterbang dilaporkan mendapat rehat yang cukup sebelum penerbangan dan tidak mempunyai masalah perubatan serius, berdasarkan sejarah kesihatan dan pemeriksaan fizikal. Laporan itu juga mengatakan transkripsi awal fail audio perakam suara kokpit pesawat itu juga telah selesai dan dalam prosis analisis dan hanya akan dimasukkan dalam laporan akhir jika perlu. Sehubungan itu, kementerian itu menjelaskan punca nahas pesawat terbabit hanya akan didedahkan dalam laporan akhir.

Sumber: Lobak merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version