Bukit Aman dedah Ebit Lew kini dalam siasatan, seramai 13 orang saksi dipanggil untuk bantu siasatan

Pihak Polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengesahkan bahawa personaliti dakwah terkenal, Ebit Lew disiasat berhubung dakwaan lakukan gangguan tak elok kepada seorang influencer dari Indonesia dikenali sebagai Mondy Tatto. Memetik laporan dari Sinar Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, kes tersebut akan disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah sksual. Beliau memaklumkan yang Mondy telah membuat laporan polis mendakwa mengalami gangguan oleh personaliti dakwah berkenaan sebelum ini.

Ujarnya, lima hari sebelum menerima laporan dari Ebit Lew yang mengatakan dirinya difitnah influencer berkenaan, Mondy telah membuat laporan polis berhubung hal tersebut. “Sebaik sahaja tiba di Malaysia, Ebit Lew telah membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya dan satu lagi laporan polis bagi menafikan kes rgl. “Setakat ini, wanita warga Indonesia itu masih berada di Malaysia,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman.

Difahamkan, seramai 13 orang saksi telah dipanggil berhubung kedua-dua kes setakat ini. Dalam pada itu, Mohd Shuhaily juga memaklumkan yang pihak polis telah merampas telefon bimbit milik Mondy dan perkara itu dilakukan bertujuan untuk siasatan bagi memastikan maklumat diperoleh sepadan dengan apa yang ada di dalam telefon bimbit Mondy. “Kita ambil telefon Mondy untuk siasatan kerana memang ada peruntukan undang-undang terhadap tindakan tersebut. Apabila kita ambil, ia digunakan untuk siasat sama ada ‘content’ (kandungan) di dalam telefon bimbit dan masa selari dengan laporan dibuat,” ujarnya.

Terdahulu, pihak polis telahlah pun merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy Tattoo berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew pada Selasa. Rakaman percakapan berkenaan telah diambil di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi siasatan lanjut. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version