BARU-BARU ini kecoh di media sosial berkenaan isu isteri bersikap sombong dan berlagak apabila mempunyai pendapatan lebih daripada suami. Ketika isu ini hangat diperkatakan warganet di media sosial, pelakon Reen Rahim tampil berkongsikan pandangannya apabila ditanya pengikut berhubung perkara itu. Dalam hal ini, Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berpendapat setiap perbuatan yang ditunjukkan oleh isteri adalah cerminan kepada suami.
“Isteri itu adalah cerminan lelaki. Macam mana kau didik bini kau,” katanya. Aktress tersebut juga berpandangan, suami sepatutnya muhasabah diri dan menilai punca seseorang isteri berubah sikap atau kelakuan. “Bila isteri buat perangai negatif, dah sombong dengan kau, tak layan kau, dah rasa dia besar, kau tanya balik diri kau, kau jaga hati dia tak? “Jadi, para suami, kalau isteri dah buat perangai tahi, semak semula kau punya perangai. Okay atau tak,” ujarnya. Dalam pada itu, Reen berpandangan sekiranya seseorang suami memiliki pendapatan lebih rendah namun menjalankan tanggungjawab dengan baik, isteri pasti menghormati mereka dan tidak melakukan tindakan biadab.
“Kalau la kau (suami) tiada duit, tapi jalankan tanggungjawab sebagai suami, menyenangkan hati, membahagiakan, dia (isteri) takkan pijak kepala kau,” katanya. Sebelum ini, tular di media sosial kenyataan daripada pelakon dan usahawan, Datuk Rosyam Nor yang menyifatkan wanita bekerjaya dan memiliki pendapatan lebih daripada lelaki akan memiliki sifat angkuh dan ego. Rosyam yang bercakap mengenai perkara itu menerusi video podcast di TikTok Suhan Movie mendakwa isteri akan mula memandang rendah terhadap suami jika mereka memiliki lebih kekayaan. Namun, Rosyam tidak menganggap semua wanita bersikap begitu tetapi mendakwa kebanyakannya bersikap sedemikian.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.