Caprice minta Ebit Lew segera hantar surat saman, rupanya dia dah siap sedia bukti

ISU membabitkan penyanyi rap Caprice dan pendakwah selebriti terkenal iaitu Ebit Lew menjadi semakin hangat dan kini memasuki episod baharu. Dalam hantaran terbaharu dimuat naik di Instagram, Caprice atau Ariz Ramli, 33, meminta supaya Ebit segera menghantar surat saman kepadanya susulan pendedahan yang dilakukan dalam sesi podcastnya. “Salam Ebit Lew, kalau boleh cepat sikit hantar saman tu,” katanya.

Menurut Caprice, permintaan itu bagi membolehkan pihak Mondy menghantar semula saman kepada pendakwah berkenaan beserta bukti. “Ia supaya pihak Mondy boleh saman balik sekali dengan bukti,” ujarnya. Dalam hantaran sama, penyanyi itu memaklumkan bahagian dua dan tiga pendedahan wanita bertatu dari Indonesia dikenali sebagai Mondy Tato akan disiarkan Jumaat ini.

Menerusi video yang dikongsi, Mondy mendedahkan bahawa dia tidak pernah belajar membaca al-Quran, solat malahan bertemu dengan isteri Ebit seperti yang dikatakan sebelum ini. Tambah Mondy, setiap pendedahan yang dilakukan itu adalah realiti dan bukan cakap kosong. “Ini bukan fitnah, ini bukan cakap kosong. Satu masa nanti akan terbukti kebenarannya,” ujarnya. Pada pagi Isnin, Ebit tampil membuat laporan polis berhubung beberapa fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya (USJ 8), Selangor.

Kata Ebit, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan peguamnya untuk mengambil tindakan susulan. Laporan polis itu dilakukan selepas Mondy membuat pendedahan bahawa terdapat beberapa kali cubaan gangguan sksl kepadanya oleh individu yang berperwatakan alim. Mondy mendakwa kejadian berlaku bermula hari pertama dia tiba di Malaysia. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version