Muat naik gambar sambil pegang perut, ramai yang mendoakan moga Diana Danielle ada rezeki anak ketiga

SELEPAS memaklumkan kembali rujuk, pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle sekali lagi menjadi perhatian peminat susulan hantaran terbaharu mereka di Instagram. Farid yang berpakaian serba hitam manakala Diana mengenakan baju kurung serta lengkap bertudung hijau bergambar mesra sambil tangan aktor itu memegang perut isterinya. Menerusi kapsyen yang ditulis, Diana seakan-akan tidak selesa dengan tindakan Farid yang memegang bahagian perutnya. “Tak perlu la dekat perut,” katanya ringkas pada bahagian kapsyen.

Baru sahaja memuat naik hantaran tersebut dua jam yang lalu, gambar berkenaan meraih lebih 50,000 tanda suka selain 1,600 komen daripada pengikutnya. Ramai berpandangan pasangan yang kembali rujuk sebulan selepas berpisah itu seakan-akan memberikan petunjuk bahawa mereka bakal menimang cahaya mata ketiga. Malah ramai mendoakan pasangan itu dikurniakan cahaya mata sebagai menguatkan lagi ikatan perkahwinan mereka yang kembali terjalin. “Yakin Aurora akan dapat adik selepas ini… Bersiap sedia dengan baby nombor tiga. Yahoo!

“Tanda-tanda dapat bayi nanti. Selamat honeymoon semula,” antara komen peminat. Tidak hanya itu, peminat turut memuji penampilan Diana yang bertudung dan berharap aktres itu benar-benar menutup aurat selepas ini. “Manisnya Diana bertudung. Moga istiqamah. Hikmah disebalik ujian,” kata warganet. Untuk rekod, pada 10 Ogos lalu, Diana dan Farid sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora,8. Mereka bagaimanapun mengaku sudah kembali rujuk dan akan mendaftarkan perkara itu di mahkamah.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version