Ira Kazar muat naik video resepi baru, tapi ini pula yang jadi perhatian warganet

Susulan sering mendapat respon postif terhadap resipi yang dikongsikan di media sosial, isteri kepada pengarah popular Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mula memuat naik video masakan dengan lebih terperinci. Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat sedang menyediakan resipi Baked Potato Beef. Dalam masa yang sama, Ira menggunakan suaranya sendiri untuk ‘voice over’ pada video masakan tersebut. Difahamkan ‘voice over’ itu adalah permintaan warganet supaya mereka memahami cara penyediaan juadah dengan lebih mudah. Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tertarik dengan kelembutan suara anak kepada pelakon veteran iaitu Kazar Saisi itu, malah secara berseloroh mereka juga berkata mungkin kerana itulah Syamsul jatuh hati padanya. Sementara itu, para pengikutnya turut meminta agar Ira kerap berkongsi resipi di media sosial selepas ini. Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.

Sekadar info, Syamsul pernah berkahwin dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini berpisah talak satu pada 14 Jun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version