Hilang ahli keluar 6 orang serentak, ramai yang kagum dengan ketabahan Abdur Rahman

Pemergian enam ahli keluarga secara serentak disebabkan kejadian tak diingini minggu lalu bukan sesuatu yang mudah diterima oleh seorang remaja berusia 19 tahun. Namun, Abdur Rahman Amir Ruddin, 19 yang merupakan anak sulung kepada pasangan Allahyarham Amir Ruddin Ismail, 46, dan Allahyarham Norahimah Noor Muhamad, 43 dilihat begitu kuat apabila sudah mulai tersenyum serta berkongsi video mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sangat prihatin dengan keluarganya.

Memetik laporan dari Harian Metro, Abdur Rahman mengatakan yang adiknya, Abdullah, 15, yang dilaporkan kritikan sebelum ini sudah semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif walaupun masih dirawat di ICU Hospital Segamat. “Alhamdulillah, adik dah sedar dan boleh menggerakkan tangan. Paling menggembirakan bila adik pegang tangan ahli keluarga kami ketika melawatnya di ICU, kami bersyukur dengan perkhabaran gembira itu.

“Sejak hari pertama kejadian, kami sentiasa berdoa semoga adik cepat sembuh kerana kami takut kehilangan seorang lagi ahli keluarga. Saya dimaklumkan, kebanyakan wayar yang dipasang di tubuhnya sudah dicabut. Cuma saya dimaklumkan adik akan menjalani pembedahan memasukkan besi di tangan pada 16 September ini,” katanya. Penuntut baharu sarjana muda Pengajaran (Pendidikan Rendah) Pendidikan Islam di OUM Batu Pahat dan dijangka mendaftar hujung bulan ini juga dilihat kembali ceria apabila sempat membuat live di aplikasi TikTok dengan menjawab beberapa soalan daripada warganet. Klik sini untuk lihat video.

Dia juga turut bersiaran langsung dengan beberapa influencer dan mengucapkan terima kasih diatas semua kata-kata semangat serta keprihatian rakyat Malaysia kepada keluarganya. Menjengah ke salah satu akaun TikTok yang memuat naik semula video live Abdur Rahman, ramai yang memuji ketabahan hati pemuda tersebut dan akui tidak kuat jika mengalami ujian sama sepertinya. Mereka juga tidak putus-putus mendoakan agar pemuda tersebut terus diberi kecekalan dan berharap supaya kesemua mangsa berada dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version