Baru sahaja menjadi bualan berhubung kejadian kereta mewah miliknya ‘dihancurkan’ oleh suami, usahawan sensasi Kak KM sekali lagi menjadi perhatian warganet dalam sebuah video. Menerusi rakaman yang dikongsikan di akaun Tiktok @lianarosli, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli sedang dipuji cantik oleh seorang individu dipercayai kakaknya. Namun begitu, apa yang mengejutkan warganet adalah kata-kata daripada mulut usahawan itu yang memberi gambaran seolah-olah bakal memegang status ‘J’. Klik sini untuk lihat video.
“Barangkali nak dapat ‘J’, ada gelaran ‘J’,” katanya sambil ketawa. Walau bagaimanapun, Kak KM tidak menjelaskan lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan ‘J’ itu namun kakaknya sempat berseloroh mengatakan akan ada individu masuk meminang. “Berapa hari je lagi mesti ada orang masuk meminang kan? 14 tahun tiada,” ujar kakaknya. Kak KM bagaimanapun mengatakan dia akan menolak semua pinangan kerana tidak mahu menerima sesiapa sekiranya perkara tersebut terjadi. “Eh tak boleh. Saya tolak semua. Tak ingin aku,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut tertanya-tanya maksud status ‘J’ dengan berteka-teki sama ada ‘jutawan’ atau ‘janda’.
Terdahulu, tular sebuah video Kak KM tidak berpuas hati terhadap kecuaian suaminya Razman Ramli yang menyebabkan kereta jenis Toyota Alphard miliknya remuk akibat terlanggar tembok rumah. Sumber: omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.