Tular video Mk pura pura menangis sambil hisap puting, sekali ramai pula yang syak sesuatu

Sejak mendirikan rumah tangga, ada sahaja kerenah lucu penyanyi rap terkenal, MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan. Terbaru, menerusi TikTok isterinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, MK dilihat sedang bergurau dengan menghisap puting bayi berwarna pink sambil membuat aksi manja sambil berbaring diatas katil. Kerenah lucu pelakon drama I Love You Stupid itu turut berpura-pura menangis seperti bayi selepas Hajaar menarik keluar puting berkenaan daripada mulut MK.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai peminat pasangan berkenaan dan menyatakan seolah-olah MK memberi hint kepada isteri untuk memiliki cahaya mata. Mereka juga sempat berseloroh mengatakan perangai sebenar MK terbongkar sejak berkahwin kerana baru tahu yang penyanyi itu seorang yang begitu manja, berbeza jauh dari aksi di atas pentas sewaktu membuat persembahan nyanyian.

Untuk rekod, penyanyi asal Sabah itu telah mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar pada 16 Jun 2023. Difahamkan, mereka telah mengikat tali pertunangan pada Aidilfitri lalu dan tidak mengambil masa yang lama untuk bergelar pasangan suami isteri. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version