Biasiswa secara amnya ialah sejenis bantuan kewangan yang dikhaskan untuk pelajar bagi melanjutkan pelajaran mereka sama ada pada peringkat rendah di sekolah mahupun peringkat tinggi di universiti. Baru-baru ini, bekas Menteri Agama, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkongsi khabar gembira yang menyatakan anak lelakinya berjaya mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bakal melanjutkan pengajian ke Universiti Jordan. Dalam ciapannya di X, difahamkan anaknya itu akan menyambung pengajian dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh, anaknya itu mendapat tajaan biasiswa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
Pun begitu, berita gembiranya itu menimbulkan persoalan ramai kerana Dr. Zulkifli merupakan bekas menteri serta senator, apabila anaknya itu mendapat tajaan sebegitu ianya seakan tidak adil buat mereka yang betul-betul memerlukan.m Namun, Dr. Zulkifli ada menerangkan mengapa anaknya itu dapat biasiswa tersebut sekaligus menjawab persoalan warganet yang mempersoalkan perkara itu.
Beliau memberitahu, terdapat satu kategori asnaf (orang Islam yang layak terima zakat) yang dinamakan asnaf fi sabilillah yang layak untuk mendapat bantuan jika mereka sedang dalam usaha yang bertujuan untuk menegakkan dan mempertahankan agama Allah. Dr Zulkifli juga menjelaskan biasiswa yang diterima oleh anaknya itu bukanlah biasiswa tajaan biasa sebaliknya ia adalah biasiswa zakat.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.