Nama pelakon Puteri Sarah Liyana kembali menjadi bualan hangat warganet selepas dia memuat naik hantaran berbentuk nasihat dan pandangan peribadi berhubung isu poligami sehingga meraih perhatian ramai. Dalam hantaran tular, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menasihati para wanita untuk menjadi seorang yang bermaruah dan bijak hidup berdikari serta ‘angkat kaki’ jika berterusan mngs ‘aniaya’ rumah tangga.
Bagaimanapun, hantaran tersebut berkemungkinan disalah tafsir untuk segelintir mahupun ramai warganet berhubung pandangan peribadi yang dilontarkan menerusi Insta Story beberapa hari yang lalu. Antaraya adalah meminta Puteri Sarah untuk tidak keterlaluan dalam mengeluarkan sebarang kenyataan, lebih-lebih lagi berbentuk hasutan kepada para wanita diluar sana sehingga menghancurkan rumah tangga mereka. Dalam hantaran itu juga, pempengaruh yang juga juruterapi komplimentari, Fais Al-Hajari turut menyatakan erti nilai seorang wanita berdasarkam hadis riwayat Ahmad.
“Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa Ramadhan, menjaga maruah diri dan kemaluannya serta taat pada suaminya, masuklah dia ke dalam mana-mana pintu syurga yang disukai olehnya.”petikan hadis riwayat Ahmad. Kenyataan tersebut mendapat perhatian pelakon drama Hijrah Jannah dan tegas pendirian dengan mengatakan seseorag wanita perlu bangkit mempertahankan maruah diri sekiranya mereka hidup dalam sebuah ikatan perkahwinan yang penuh toksik.
Akan tetapi, segalanya terpulang kepada diri masing-masing untuk membuat pilihan sama ada mahu meneruskan kehidupan atau pun ‘keluar’ dengan membuat aduan di Pejabat Agama serta mendapatkan nasihat. Jelas bekas isteri kepada pengarah Syamsul Yusof, dia tidak pernah menyatakan adalah menjadi satu kesalahan sekiranya lelaki mahu berpoligami kerana ia bukanlah sesuatu yang haram. Sebaliknya, mengalu-alukan mereka untuk hidup berpoligami dengan syarat perlu berlaku adil dan bertanggungjawab seperti mana disyariatkan dalam agama Islam kepada isteri-isteri mereka.
“Silakan yang nak berpoligami. Iti tidak salah, yang salah adalah lelaki yang berpoligami tapi tidak memiliki tanggungjawab sesuai syariat agama Islam. Jadi, kalau lelaki di sini (Facebook) membaca ini dengan tanggapan negatif, berhati busuk, maka andalah yang bermasalah atau anda ada buat salah dengan isteri sampai takut dengan kenyataan ini. Sekali lagi. saya tidak menghasut sesiapa,”tegas Puteri Sarah Liyana. Apa-apa pun, diharapkan mana-mana wanita yang menjadi mngs penindasan dalam berumah tangga, jangan segan silu untuk pergi ke pejabat agama bagi sesi bersemuka di antara kaunselor dan pasangan suami isteri dalam menyelesaikan permasalahan perkahwinan.
Perkara itu dibuat selepas kedua-dua telah cuba sedaya upaya duduk berbincang secara berhemah dan tanpa emosi sebelum mendapatkan pandangan mereka yang lebih arif. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.