Sambutan hari merdeka merupakan salah satu acara tahunan yang paling ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia, tahun ini sambutan itu diadakan di Putrajaya. Tahun ini ternyata disambut lebih meriah dan menurut Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan serta Hari Malaysia, dianggarkan lebih 100,000 penonton hadir ke acara tersebut. Pun begitu, terdapat satu perkara yang sering menjadi perhatian ramai ketika adanya acara yang disambut besar-besaran seperti ini.
Isu yang dimaksudkan ialah kebersihan dan penganjuran Hari Kebangsaan tahun ini memperlihatkan tabiat buang sampah merata-rata oleh segelintir pengunjung yang hadir ke acara tersebut. Menurut laporan Buletin TV3, sampah sarap kelihatan bersepah di kaki lima jalan raya serta pejabat kerajaan di situ. Lebih menghampakan, terdapat banyak sampah seperti botol air minuman, makanan malah Jalur Gemilang yang dibuang di bahagian grandstand. Penyelia kontraktor pembersihan, Syarikat Alam Flora Bhd. Umar Amsyar Redza, berkata seramai 53 orang pekerja ditempatkan di Dataran Putrajaya sejak 12 tengah malam pada 30 Ogos bagi memantau dan membersihkan kawasan tersebut.
Dia berkata, sampah sarap yang ditinggalkan pengunjung meningkat lima kali ganda dan paling menyedihkan orang ramai tidak menjaga kebersihan dengan meninggalkan sisa makanan serta barangan lain seperti tikar serta kotak yang dijadikan sebagai tempat duduk tanpa ada tanggungjawab untuk membuangnya di tong yang disediakan. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.