Suami kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai MZ menafikan dakwaan rumah tangganya dan isteri berantakan dan bakal berpisah. Memetik laporan Harian Metro, Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkifle memaklumkan bahawa rumah tangganya dan Shila berada dalam keadaan yang baik sahaja dan sama sekali tidak mahu melayan khabar angin murahan seperti itu. “Mula-mula Shila yang perasan hantaran itu di Facebook dan dia terus maklumkan kepada saya. Pada awalnya saya okey saja sebab perkara begini kita tak boleh nak elak. Zaman fitnah semakin berleluasa.
“Cuma disebabkan perkara ini, saya disoal orang luar yang ingin mengetahui keadaan emosi serta proses perpisahan sedangkan perkara itu tidak wujud dan satu fitnah. Kami bahagia saja di rumah. Tiada masalah apapun, malah lebih mengenali Shila dengan lebih dekat.” Sementara itu, pempengaruh berusia 25 tahun itu mengakui dia berasa kecewa dengan sesetengah portal yang dilihat menyebarkan berita serta khabar angin yang tidak tepat mengenai rumah tangganya.
“Ada blogger yang sengaja sensasikan berita itu dengan menulis tajuk berita kononnya hubungan kami ada masalah dan dedahkan puncanya, sedangkan hubungan kami baik-baik saja. Apabila perkara ini berlaku, saya seboleh mungkin bersabar dan tidak ambil peduli tapi apabila keluar cerita sebegini membuatkan saya tidak boleh berdiam diri. Janganlah disebabkan nak tajuk yang sensasi, mereka sanggup ajak orang lain tabur fitnah dan berkata perkara yang tidak baik.”
Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai khabar angin dan dakwaan mengenai rumah tangga Ubai dan Shila yang dikatakan mempunyai masalah dan bakal berpisah. Sekadar info, Ubai dan Shila selamat mendirikan rumah tangga mereka alam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos yang lalu. Imbas kembali, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Namun disahkan berpisah pada Februari 2022. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Sumber: Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.