Kisah rumahtangga Noor Nabila masih jadi bualan warganet, ini pula luahan dari tuan badan

Perpisahan usahawan terkenal Noor Nabila dengan bekas suaminya iaitu Engku Emran masih menjadi perbualan hangat warganet di laman sosial.Reda dengan takdir yang tertulis, Nabila bagaimanapun hanya berharap agar Allah sentiasa membimbing dan memenuhi hatinya dengan ketenangan. “Kalau ia tidak ditakdirkan untuk anda, tak kira berapa lama anda cuba atau berapa sukar anda cuba… ia tidak akan pernah untuk anda. Sebab kita hanya merancang, tapi perancanganNya lebih baik.

“Moga Allah membimbing dan menyembuhkan saya serta penuhkan hati saya dengan ketenangan,” kongsi Nabila menerusi Instory miliknya. Terdahulu, Engku Emran dan usahawan terkenal Noor Nabila sah berpisah talak salah pada Isnin selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sebelum menikahi Nabila, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga dengan selebriti jelita iaitu Erra Fazira dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Dia juga pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella, namun mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version