Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Ryzal Durian Kimchi mendakwa ditipu berhubung satu perjanjian jual beli melibatkan sebidang tanah di Kelantan yang bernilai lebih RM500,000. Menerusi laporan Sinar Harian, Ryzal berkata, pelanggaran perjanjian itu berlaku melibatkan seorang individu lelaki berusia 50-an yang juga berasal dari Kelantan ke atas tanah milik kepada ahli keluarga lelaki itu. Tambah bapa kepada seorang cahaya mata itu, pada 26 November 2020, perjanjian yang dibuat atas nama adik perempuannya ditandatangani bagi tanah lot di mukim Padang Enggang di sini dengan harga RM40,000.
“Mengikut perjanjian, tanah itu sepatutnya menjadi milik kami tetapi semasa itu Covid-19 melanda menyebabkan urusan menukar hak milik tanah tidak dapat dilakukan walaupun selepas tamat enam bulan. Dia ada berjanji nak bayar semula RM40,000 itu, tapi hanya membayar RM10,000 sahaja. Apabila keadaan pandemik reda, semakan yang dibuat di Pejabat Tanah Jajahan Kota Bharu bagaimanapun mengejutkan kerana hartanah tersebut sudah berpindah milik kepada nama orang lain,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Rabu.
Menurut Ryzal, beberapa kali rundingan cuba dibuat dengan individu tersebut namun, gagal. “Semasa masih menetap di Korea, beberapa kali kami terpaksa pulang ke Malaysia dan Kelantan untuk menyelesaikan urusan ini. Semua itu terutama pengangkutan melibatkan kos yang besar. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.