Bila duduk di perantauan ini, bukan mudah nak dapat rasa makanan tradisional daripada Malaysia seperti kuih muih dan masakan lauk yang unik. Kalau dah teringin tu, terpaksalah masak sendiri macam apa yang dilalui oleh usahawan kosmetik penuh kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman. Menerusi perkongsian di TikTok, Nur Sajat baru-baru ini ada mengadakan sesi live memasak kuih seri muka. Ketika live berlangsung, Sajat dilihat memasak kuih tersebut dengan berpandukan tunjuk ajar warganet di sesi live itu. Live itu juga katanya telah ditonton seramai 32,000 orang tau! Klik sini untuk lihat video.
Dalam satu video lain, kelihatan Sajat menunjukkan kuih seri muka yang telah dimasak hasil tunjuk ajar warganet. Sebaik dia merasa seri muka itu, Sajat dilihat sebak dan menangis sambil mengucapkan terima kasih kepada warganet yang telah mengajarnya cara-cara memasak kuih itu. “Terima kasih you all ajar Sajat. Thank you so much! Sumpah sedap! Ini kan macam satu effort tau. Kita kan duduk jauh,” katanya sambil mengesat air mata. Kata Sajat lagi, dia tak menyangka ini kali pertama dia membuat kuih tersebut dan ia menjadi serta rasanya sangat sedap
Warganet yang melihat video tersebut ikut sama sebak dengan situasi yang dialami Sajat dan ada yang mengagak bahawa usahawan ini sebenarnya rindu dengan Malaysia serta masakan ibunya. Kita doakan yang baik-baik saja buat Sajat. Min pun sedih tengok dia nangis macam tu.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Sumber: TikTok