Penyanyi Shila Amzah mengambil pendekatan untuk tidak mengulas isu berhubung konflik yang berlaku antara ibu bapanya iaitu Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman. Shila menerusi hantaran di IG Note berkata, dia meminta orang ramai untuk tidak mengajukan sebarang soalan berkaitan ibu bapanya kepadanya. “Jangan tanya saya tentang apa yang berlaku pada ibu bapa saya.” Terdahulu, Fauziah akhirnya membuka mulut dan meluahkan isi hatinya dalam satu coretan panjang lebar yang dikongsikan di Instagram miliknya.
Dalam coretan tersebut, Fauziah berkata dia sudah berusaha menjadi isteri yang terbaik, namun tidak menyangka rumah tangga yang dibina selama 34 tahun bersama ND Lala menemui titik noktah selepas wujud orang ketiga. Mengejutkan lagi, apabila orang ketiga itu merupakan rakan baik kepada anak sulungnya, Shila Amzah yang sudah dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Kata Fauziah, kemelut rumah tangga dia dan bekas suami bermula sekitar tahun 2016 apabila penyanyi itu kerap keluar dari rumah sehingga berminggu-minggu.
Malah, ketika berlaku banjir besar pada tahun 2021 yang turut menjejaskan kediamanan mereka, Fauziah mendakwa ND Lala selaku ketua keluarga langsung tidak membantu dan mengambil peduli. Fauziah juga menjelaskan bahawa bekas suaminya telah menghilangkan diri hampir setahun sebelum tiba-tiba muncul sewaktu malam semifinal dan final program Gegar Vaganza yang disertai Shila.
Meskipun cuba menafikan ND Lala berlaku tak setia, namun satu demi satu mulai terbongkar apabila Fauziah menemui campuran baju bekas suami dan wanita lain di dalam satu bagasi. Sebelum ini, Fauziah menerusi hantaran di Instagram mengesahkan sudah berpisah dengan suaminya yang juga pelakon dan penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala. Menerusi perkongsian tersebut, Fauziah memberitahu, lafaz talak dilakukan suaminya pada 2 Ogos lalu di sebuah masjid, namun hanya dimaklumkan mengenainya menerusi aplikasi WhatsApp, pada 8 Ogos lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.