Penyanyi Shila Amzah ada memuat naik sebuah hantaran di Insta Story mengumumkan dia telah mengambil keputusan untuk berhenti menggunakan media sosial buat sementara waktu, semalam. Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah itu menyifatkan platform tersebut terlalu toksik buat dirinya dan meminta orang ramai supaya menjaga diri. Walau bagaimanapun, belum sampai sehari, penyanyi berusia 33 tahun itu kembali semula dengan memuat naik beberapa hantaran melalui Insta Story.
Selain berkongsi jawapan bagi Ask Me A Question, terdapat individu yang bertanyakan soalan berbentuk sindiran dengan menyangka Shila akan berehat sebentar dari media sosial. Tidak berdiam diri, penyanyi lagu berjudul Patah Seribu itu membalas soalan itu dengan ‘menyekolahkan’ individu tersebut yang disifatkan sebagai pembli siber. “Seronok ke mempersendakan orang lain? Mana ‘common sense’ awak? Awak membesar di persekitaran tidak elok ke sampai jadi pembli di media sosial? Saya tidak akan salahkan ibu bapa awak. Kekurangan adab melebihi kekurangan cerdik awak,” katanya.
Difahamkan, keputusan Shila untuk berhenti menggunakan media sosial itu dilakukan selepas tular videonya mengenakan pakaian ketat ketika membuat persembahan di Konsert Hausboom Music 2023 pada hujung minggu lalu. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
PERHATIAN: Pihak Oh My Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Oh My Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.