Kecoh pasal isu sos cili kena bayar, sekali ini pula penjelasan dari pihak mcdonalds

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran seorang pelanggan yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj sebanyak RM10.60 untuk 10 peket sos cili tambahan. Dalam hantaran yang sama, pelanggan itu mengecam tindakan restoran makanan segera terbabit kerana didakwa mengenakan bayaran ketika harga barangan keperluan sedang meningkat. Malah, dia turut memuat naik resit sebagai bukti dikenakan caj RM1 yang perlu dibayar bagi setiap satu paket.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi warganet, ada yang menyokong dan ada yang mempersoalkan dakwaan pelanggan terbabit. Rentetan isu itu, McDonald’s Malaysia sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan caj peket sos cili kepada pelanggannya. Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, pihaknya akan memanggil pekerja dan pelanggan yang terlibat bagi mendengar penjelasan mereka berhubung kes berkenaan. “Kami akan mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak iaitu pekerja dan juga pelanggan yang mendakwa dikenakan caj tersebut.

Buat masa ini, kami tidak mahu komen lanjut kerana ia masih dalam proses siasatan,” katanya. Ketika disoal berkenaan caj sos cili tambahan jika diminta oleh pelanggan, Azmir menegaskan bahawa tiada sebarang caj akan dikenakan kecuali sos khas barbeque dan sos masam manis yang dimakan bersama nuget. “Kami tidak jual sos cili, tetapi pelanggan berpada-padalah juga (minta paket sos), takkanlah minta sampai 20 peket sos cili (dalam satu masa). Tetapi kadang-kadang kes ini berlaku dan anda jangan terkejut,” ujarnya.

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version