Pelakon Reen Rahim menyifatkan kesalahan yang dilakukan aktres Sweet Qismina sewaktu menjadi hos di pertandingan akhir Bintang Kecil 2023 sebagai perkara biasa yang dilalui seorang pengacara baharu. Menerusi hantaran di Instagram Story, Reen berkata untuk menjadi seorang pengacara yang hebat perlu melalui fasa jatuh bangun terlebih dahulu. Kata Reen, dia yakin Sweet akan menjadi seorang pengacara yang disegani suatu hari nanti.
“Tak pernah la warganet ini nak bagi peluang kan. Kau ingat semua keluar perut terus pandai ke? Nak jadi hebat kena lalui fasa ini (jatuh). Percayalah selepas dia (Sweet) lalui fasa ini dia akan kembali kuat dan hebat selepas ini. Dalam hantaran sama, Reen berharap Sweet tidak mengambil peduli dan ‘persetankan’ cakap-cakap nakal warganet yang mengkritik dirinya. Sweet, tolong persetankan mereka yang condemn (kritik) kau. Mereka yang cakap negatif ini sebenarnya mereka yang teruk. Yang dah berjaya pasti nampak kekuatan awak dan akan sentiasa beri sokongan. Terus melangkah dan sentiasa ceria okey.”
Terdahulu, nama Sweet teruk dikritik warganet selepas dia tersalah mengumumkan nama pemenang pertandingan akhir Bintang Kecil 2023 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Kuching pada Ahad. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.