Sempena ulang tahun kelahiran isteri kedua, pempengaruh kontroversi Abang Tesla menitip ucapan istimewa buat Nur Syafiqah. Menurut Abang Tesla, hadiah terindah yang diterima Nur Syafiqah adalah apabila madunya iaitu Nurmajdina menerimanya dengan seadanya. “Happy birthday Nur Syafiqah. Saya tiada hadiah nak bagi, tapi hadiah terindah adalah Nurmajdina (isteri pertama) yang boleh terima awak seadanya,” katanya. Pada perkongsian yang sama, Abang Tesla mendoakan Nur Syafiqah menjadi isteri yang taat pada perintah Allah dan suami.
“Semoga menjadi isteri yang taat kepada Allah dan taat kepada suamimu. Insya-Allah, Allah permudahkan urusan kita semua, amiin,” katanya. Abang Tesla turut memuat naik foto dia bersama Nur Sayfiqah dengan berlatar belakang Masjidil Haram. Rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut menyampaikan ucapan ulang tahun dan mendoakan kebahagian buat keluarga Abang Tesla. Terdahulu, Abang Tesla memaklumkan dia dan dua isterinya terbang ke Turkiye untuk bercuti sebelum mereka berangkat ke Makkah untuk mengerjakan ibadah Umrah. Untuk info, pada 20 Ogos lalu, Abang Tesla telah mengejutkan pengikutnya apabila dia mengumumkan telah bernikah sekali lagi.
Menurut pempengaruh itu, pernikahan keduanya telah mendapat restu daripada isteri pertamanya, Nurmajdina dan akui reda. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.