Warganet menegur pendakwah bebas iaitu Da’i Syed susulan sering memuat naik video mesra bersama isterinya Hana Ismail di media sosial. Menerusi hantaran di TikTok, Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dilihat sedang berkhemah (camping) di tepi pantai bersama Hana. Di kapsyen, penyanyi berumur 28 tahun itu turut mendoakan kebahagiaan rumah tangga mereka. “Semoga bahagia selalu milik kita berdua.” Klik sini untuk lihat video.
Bagaimanapun, kemesraan yang ditonjolkan tanpa segan silu itu telah mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet. Seorang warganet tinggalkan komen dengan mengingatkan Syed untuk menyimpan sedikit kemanisan kerana boleh mendatangkan penyakit ain. “Orang cakap bahagia kita jangan tunjuk sangat dekat orang.. Sebab dalam dunia ini macam-macam penyakit ada.. Penyakit ain.. Kenangan tu biar kita simpan je dengan pasangan.” Tidak berdiam diri, Syed kemudian membalas ringkas komen tersebut. “Inshallah kak. Doakan yg baik-baik. Ini hanya 20% sahaja dari kenangan kami.” Sekadar info, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala Lumpur.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.