Al Ula adalah nama sebuah kota di Arab Saudi yang terletak kira-kira 300km utara Madinah. Pada masa lalu, Al Ula adalah ibu kota Lihyanites Kuno (Dedanites) dan ia merupakan kota yang Nabi Muhammad SAW elak untuk disinggah. Pun begitu, bulan Ogos lalu pelakon ternama tempatan Zulkifli Ariffin atau lebih dikenali sebagai Zul Ariffin memuat naik dia selamat menunaikan haji di Mekah. Namun, apa yang menarik perhatian ialah beberapa posting pelakon filem Tombiruo itu yang memaparkan dia melawat kota Al Ula.
“Alhamdulillah, banyak belajar hari ini. Tanah yang mempunyai banyak cerita mengelirukan, hanya dengan melawat, meluangkan masa mendengar dan belajar daripada penduduk tempatan, anda akan menemui sejarah sebenar. “Ia sebenarnya adalah bahagian penting dalam sejarah Islam kita. Semoga kita semua ambil pengajaran,” tulisnya di kapsyen. Hari ini, posting serta video pelakon itu melawat kota tersebut kembali tular dan ruangan komennya dipenuhi dengan kritikan daripada warganet. “Nabi Muhammad pun lalu je” Ramai beranggapan Zul Ariffin yang mempunyai 2.7 juta itu tidak sepatutnya melawat tempat sebegitu lebih-lebih lagi ramai yang sudah cakna mengenai sejarah kota tersebut.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.