Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri mengakui sudah sembilan bulan tidak memasak lauk sambal sotong kerana bimbang dirundung perasaan sedih. Menerusi hantaran di Instagram Story, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri berkata, ini kerana juadah tersebut merupakan menu kegemaran bekas suaminya. Namun, Shuhada kini sudah mampu menyediakan juadah tersebut tanpa rasa sedih lagi. “Selepas sembilan bulan baru boleh masak hidangan ini (sambal sotong) kerana ini adalah makanan kegemaran dia (Hafidz) yang saya masak.
Bukan apa, takut nanti kalau saya masak ada perisa air mata pula. Sekarang, kalau awak semua nak suruh saya masak katering sambal sotong pun boleh.” Dalam pada itu, Shuhada berkongsi perasaan gembira kerana dirinya sudah berada dalam fasa hidup baharu tanpa perlu mengejar cinta manusia. “Bukan nak cakap besar dah move on ke apa tetapi nak beritahu yang Allah Maha Hebat. Dia maha membolak balikkan hati manusia. Hari ini awak sayang dia, esok belum tentu lagi. Jadi, tidak perlu nak kejar cinta. Jom, kejar cinta Allah.”
Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun sah berpisah pada 27 Julai lalu. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia 3 tahun. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.