Mikrofon tak berbunyi masa buat persembahan, Mas Idayu puji sikap adik Shila Amzah

PERSEMBAHAN pasangan adik-beradik Shila Amzah dan Amir Syahir terganggu apabila mikrofon mereka tidak mengeluarkan bunyi ketika membuat persembahan. Profesional ketika berdepan situasi itu, Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, dilihat sempat menukar mikrofon ketika menyanyikan lagu Menggegar Dunia yang pernah dipopularkan Stacy dan Adam AF. Bagaimanapun, mikrofon kedua itu juga mengalami masalah sebelum penonton di studio menjerit kerana berasa sedih dengan insiden menimpa mereka.

Tidak hanya pasangan duo itu, mikrofon yang digunakan hos iaitu Izzue Islam turut mengalami masalah serupa. Rakan hos, Janna Nick sempat meminta maaf kepada penonton akibat masalah teknikal yang berlaku tanpa sengaja. “Saya sebagai wakil memohon maaf kepada penonton dengan masalah yang dihadapi tadi,” katanya. Sementara itu juri tetap, Mas Idayu memuji Syahir yang dilihat profesional mengendalikan situasi cemas tersebut. Malah sempat meminta agar masalah teknikal seperti ini tidak berlaku lagi selepas ini.

“Shila saya tak pertiakikan dia meyanyi bagus tapi Syahir walaupun ada masalah teknikal tapi muka dia tak tunjuk. Saya harap lepas ini tiada lagi berlaku seperti ini lagi. Sebab kami menjuri vokal,” ujarnya. Mas Idayu memberi lapan markah kepada pasangan itu manakala lima daripada Ajai. Selain Shila dan Syahir, FD3 turut disertai Ryan dan Adam (Duo adik beradik), Haqiem Rusli dan Ariff Bahran (Duo Sepupu), Tom dan Fuad Rahman (Duo Suami Isteri), Adira Suhaimi dan Emma Suhaimi (Duo Adik Beradik) dan Sharif dan Syaiful Zero (Duo Adik Beradik). Juara mingguan akan menerima hadiah bernilai RM10,000 sehingga episod ketujuh.

Manakala finalis di pentas akhir FD3 berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000. Famili Duo 3 bersiaran setiap hari Ahad, 9 malam di TV3 dan Tonton. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version