Kongsikan masalah rumahtangga pada warganet, Aliff Teega tegur Aisyah Hijanah semasa buat siaran langsung

Kecoh diperkatakan semalam berkenaan isu rumah tangga pasangan pempengaruh, Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang dikatakan dilanda badai akibat diserang penyakit hasad dengki atau ‘ain’ yang berpunca daripada orang luar. Meskipun Aisyah menjelaskan bahawa dia dan suami kini sudah beransur pulih, ada di kalangan warganet yang memberi teguran kepada pasangan itu untuk kurangkan perkongsian mengenai rumah tangga mereka. Isu pasangan ini katanya menjadi perhatian warganet selepas tular sebuah video di X memaparkan Aisyah sedang membuat sesi live, sebelum ditegur suaminya untuk kurangkan perkongsian mengenai hal rumah tangga mereka.

Alif Teega dilihat meminta isteri berhenti memberi ruang kepada orang luar untuk memperkatakan mengenai perkahwinan mereka selain merasakan tindakan isterinya itu membuatkan warganet memberi tanggapan buruk kepada dirinya. Aisyah kemudian dilihat berkomunikasi dengan pengikutnya di live tersebut yang memintanya untuk menghentikan sesi siaran langsung itu. ‘Aisyah kena dengar apa abang cakap. Aisyah cuba tengok kat komen tu, orang seakan membenci abang tau. Ada tak abang menghasut orang membenci Aisyah? Tidak. So kita janganlah macam tu, bercerita dekat orang,” katanya.

Video berkenaan telah mendapat komen teguran daripada warganet yang merasakan tindakan Aisyah berkongsi mengenai masalah yang dihadapinya ke media sosial adalah salah. Malah ramai juga menasihatinya untuk lebih menghormati suami yang tidak suka masalah rumah tangga mereka dihebahkan kepada orang ramai.

Sebaiknya kita sebagai warganet jangalah komen lebih-lebih fasal rumah tangga mereka. Kita doakan saja semoga hubungan mereka kembali pulih dan bahagia. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version