LEBIH setahun tidak berjumpa dengan kekasih hati, pelakon Azri Iskandar mengakui hubungannya dengan tunang dikenali sebagai Dr Azra sudah mula renggang. Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 55, berkata untuk melangkah ke alam perkahwinan, dia perlu memperbaiki hubungannya terlebih dahulu bersama Dr Azra. “Sudah setahun lebih tidak jumpa dia. Saya rasa biar jelah begitu. Contact pun macam mahu tidak mahu sekarang. Dulu hari-hari, sekarang sudah tidak lagi.
Saya dengan dia sudah mula renggang, saya nak betulkan balik keadaan. Saya nak pastikan dulu saya dengan dia macam mana. Baru cakap yang seterusnya (berkahwin). Kami ada potensi nak berbaik. Saya tidak bergdh dengan dia cuma jarang berjumpa, itu jadi renggang,” katanya. Azri mendedahkan perkara itu ketika ditemui di pratonton filem Kutukan Sembilan Setan di Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa. Tambah Azri, dia dan wanita berumur 44 tahun itu sudah lama tidak berjumpa disebabkan kesibukan bekerja. Malah, Dr Azra kini sedang sibuk berlatih Muay Thai untuk menjayakan sebuah drama yang bakal ditayangkan di platform Viu.
“Saya ada ajak (keluar). Dia bukan tidak mahu jumpa, tapi dia sibuk. Dia ada event yang outstation. Dia juga sibuk sebab tengah berlatih Muay Thai sebab dia dapat tawaran drama untuk platform Viu. Dia dapat bayaran RM500,000 walaupun diminta. Mula mula dia tolak, tapi produksi kata boleh bayar, jadi dia terima,” ujarnya. Dalam pada itu, Azri mengakui emosinya sedikit terganggu kerana sering dituduh tak betul gara-gara masih merahsiakan wajah kekasihnya itu. Sehinggakan bekas isteri iaitu Ellie Suriaty dan anak-anak turut memintanya untuk mencari teman wanita baharu.
“Saya memang rasa tergangggu bila teman wanita saya tidak mahu dedahkan dirinya, anak-anak saya bahkan bekas isteri saya suruh cari wanita lain. Ellie pun tak suka, anggap dia scmmr. Dari satu sudut dia (Dr Azra) selamatlah tapi saya jadi sasaran. Tak apa saya terima ini sebagai satu ujian,” ujarnya. Sementara itu, Azri turut mengakui sedang mengenali hati budi beberapa wanita untuk dijadikan teman hidupnya. “Sekarang saya sedang mengenali beberapa wanita. Wanita lain yang saya sedang kenali ini ada yang dalam industri dan ada yang bukan.
“Hari itu saya ada keluar dengan seseorang. Anak-anak setuju saya jadikan dia teman hidup. Mereka tidak mahu Dr Azra sebab anggap dia scmmr,” katanya. Pada 29 Jun tahun lalu, Azri mendedahkan dia sudah bertunang dengan kekasihnya dikenali sebagai Dr Azra di kediaman wanita itu di Kangar, Perlis. Pasangan ini sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun lalu. Untuk rekod, Azri dan pelakon Ellie Suriaty berpisah talak satu pada 17 Mei lalu selepas 19 tahun hidup bersama. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14.
Azri juga menerusi perkahwinan pertama mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, dan Nur Anis Mastura, 27. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.