SATU demi satu perbuatan adik penyanyi Shila Amzah iaitu Amir Syafiq terbongkar apabila bekas isterinya mendedahkan lelaki itu pernah menggadaikan gelang tangan miliknya. Anis atau Nurul Anis Waheeda Mohd Mokhlis, 31, berkata, perkara itu berlaku sekitar tujuh tahun lalu ketika mereka masih bergelar pasangan suami isteri. Bagaimanapun selepas bercerai, Anis meminta Syafiq memulangkan semula gelang tangan tersebut namun bekas suaminya itu gagal menebus kembali barang kemas itu di kedai pajak.
“Kisah gadai gelang itu berlaku sewaktu saya masih lagi isterinya, sekitar tahun 2015 atau 2016. Dia kata nak gadai sebab nak pakai duit. Bila kami dah sah berpisah sudah tentu saya mahukan semula gelang saya… saya dah cakap tapi dia tak endah. Dia siap cakap suruh jual saja gelang tu sebab tak ada duit nak tebus. “Saya kata walau macam mana pun saya tetap mahukan gelang itu semula,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat. Anis memberitahu dia membuat pendedahan itu kerana berasa bengang dengan kenyataan Syafiq yang dianggap sering memutar belit cerita.
Sebelum ini, Anis memuat naik hantaran di TikTok yang memaparkan paparan skrin perbualan bersama bekas ibu mentuanya iaitu Fauziah Sarman berkenaan gelang berkenaan yang sudah ditebus. Kata Anis, dia terpaksa meminta gelang tersebut daripada Fauziah kerana bekas suaminya itu gagal menebus semula barang kemas tersebut selepas mereka berpisah. Menerusi paparan skrin itu, Fauziah menghantar mesej kepada Anis memaklumkan gelang tangan tersebut sudah ditebus dan meminta dia datang ke rumah mengambil barang kemas itu dan barang peribadinya di rumah.
Dalam pada itu, Anis berkata, Syafiq memperoleh sekitar RM2,500 selepas menggadai gelang tangan berkenaan di kedai pajak. “Dia beritahu mahu pakai duit dan katanya nanti dia akan tebus semula. Harga sebenar gelang itu dalam RM4,000 dan dia dapat gadai dalam RM2,500. “Tapi waktu itu saya tahu dia susah nak bayar semula sebab memang tahu dia tiada duit,” ujarnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.