PELAKON Bell Ngasri memberitahu harga bagi mendapatkan perkhidmatannya meningkat sejak menyandang gelaran Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35) Julai lalu. Bell atau Ngasrizal Ngasri, 43, bagaimanapun menjelaskan bukan dia menukar harga tersebut sebaliknya diberikan sendiri oleh pihak produksi yang membuat tawaran lakonan kepadanya. Meskipun tidak pernah terfikir menukar harga namun Bell berkata dia bersyukur apabila ramai mula menghargai bakatnya dengan menawarkan bayaran setimpal.
“Mungkin ada tinggi sikit tapi bukan saya yang naikkan tapi mereka (produksi) sendiri nak bayar lebih mahal. Kadang-kadang mereka sendiri letak harga tinggi berbading sebelum ini. Saya sebenarnya tidak kisah sebab mereka yang buat tawaran pun semua ‘kawan-kawan’ lama. Jadi mereka sendiri tahu kerja saya macam mana dan mereka menghargainya,” katanya. Bell berkongsi perkara itu semasa ditemui Majlis Pelancaran Bell Ngasri sebagai duta wangian Sky di Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
Dalam pada itu, Bell memberitahu dia sangat menghargai peminatnya sehingga sanggup turun di beberapa tempat demi beramah mesra dengan mereka. Katanya, disebabkan peminat dia berada di tempatnya ketika ini.Malah dia juga memaklumkan dirinya bakal berada di Karnival Kedah Best pada Disember nanti untuk bertemu peminatnya di sana. “Saya ada bertemu peminat di beberapa tempat macam baru-baru ini di Kota Tinggi, tempat sekataan jalan raya. Mereka nak bergambar atau apa saya layankan saja. Sebab bagi saya jasa mereka saya sekarang seperti ini. Jadi buat apa saya nak larikan diri. Saya akan buat semampu saya,” luahnya.
Sementara itu Muhammad Danial Ismail, selaku pengasas Iconic Sky Entertainment memaklumkan dia memilih Bell sebagai duta produk wangiannya adalah bertepatan dengan visi untuk memperkenalkan jenama terbabit kepada pasaran tempatan. Danial berkata acara Karnival Kedah Best yang turut menjadi rangka promosi bagi memperkenalkan wangian Sky ini. Lebih menarik lagi apabila pengunjung yang datang boleh menyertai cabutan bertuan dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 antaranya Nissan GTR, Yamaha 135LC, gelang emas dan wang tunai dengan setiap pembelian.
“Kami bakal adakan acara besar-besaran untuk melancarkan wangian ini di Karnival Kedah Best yang akan berlangsung di Tasek Darul Aman Park, Jitra Kedah pada 23 Disember hadapan. Bell Ngasri sendiri akan turun padang ke sana bagi memeriahkan acara. “Selain pelancaran dan jualan wangian, Karnival Kedah Best turut menarik ramai pengunjung dengan pelbagai acara menarik seperti Pertandingan Memancing, Perhimpunan Motor, Jualan T-Shirt (motor dan memancing) serta booth jualan makanan,” ujarnya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.