Isteri kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah menyelar kenyataan dibuat suaminya berhubung kehadiran pelakon cantik, Sophia Albarakbah di All Stars Gegar Vaganza (ASGV) pada Ahad lalu. Menerusi perkongsian di Instagram Story, Bella Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 28, turut mendakwa kenyataan Aliff seakan-akan mahu menjaga hati pihak sebelah sana dan bukan menjaga perasaannya sebagai isteri. “Belum berhubung lagi? Kenapa akan berhubung ke? Kenapa harus jaga hati pihak sana bukan ke sepatutnya jaga hati isteri jauh lebih penting.”
Menerusi temu bual tersebut, Aliff memberitahu dia sememangnya menyedari kehadiran Sophia namun dalam masa yang sama Aliff akui, dia bukanlah individu yang layak untuk menentukan siapa penonton yang berhak hadir ke sana atau tidak. Sebaliknya, dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai peserta porgram sahaja. “Semua orang boleh datang ke GV, sebab ini pentas besar. Bukan posisi saya untuk menentukan siapa datang dan sebagainya. Dia datang untuk menyokong sepupunya, Aisyah Retno. Jelas Aliff lagi, dia sehingga kini masih belum berhubung dengan Sophia.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.