Sejak kemelut Israel dan Palestin yang berlaku bermula 7 Oktober lalu, ramai selebriti dan influencer mula menyebarkan awareness dan menyatakan pendapat mereka mengenai hal ini. Selain pengasas Huda Beauty, Huda Kattan yang menyokong Palestin baru-baru ini, tindakan yang sama juga dilakukan oleh model terkenal Amerika iaitu Bella Hadid. Bella Hadid atau nama sebenarnya Isabella Khairiah Hadid telah memuat naik satu video pendapatnya mengenai Palestin. Menurut kapsyen video itu, dia tidak takut kehilangan pekerjaan sebagai model dan akan terus bercakap tentang Palestin.
“I’m not afraid to lose modeling jobs & I will continue to speak up on Palestine.” Model berketurunan Palestin ini berkata, dia akan sentiasa menyokong Palestin dengan penuh semangat sama seperti dia membantu memperjuangkan nasib pelarian Syria dari segi biasiswa pendidikan juga perubatan. Bella Hadid juga berharap dengan usahanya ini, mereka dapat merasai peluang kedua dalam hidup. “I now let you know that I am supporting Palestine very very passionately, as well as, advocating and aiding Syrian refugees & help in educational scholarships, helping medically. Hoping that, in doing so too, they can achieve a second chance in life.”
Pengakuan berani model terkenal antarabangsa itu telah mendapat banyak pujian daripada warganet. Mereka bangga dengan tindakan Bella Hadid yang tetap menyokong Palestin sejak dulu lagi. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.