Ada individu yang guna gambar dia untuk bercakap pasal Mawi dan Ekin, sekali ini tindakan dari Fauziah Nawi

Pelakon berpengalaman, Datuk Hajah Fauziah Nawi meluahkan rasa kesal selepas gambarnya digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab di aplikasi X. Menerusi hantaran dimuat naik Instagram, Fauziah memuat naik tangkap layar memaparkan ciapan dibuat individu berkenaan terhadap pasangan selebriti, Mawi dan Ekin Rahmat. Dapat dilihat individu tersebut mengeluarkan kata-kata kutukan kepada pasangan selebriti itu susulan kejadian tular yang mengaitkan mereka pada minggu yang lalu.

Menurut pelakon berusia 70 tahun itu, dia telah pun membuat laporan polis susulan individu tersebut menggunakan gambarnya sebagai gambar profil di aplikasi X tersebut. “Untuk makluman ada orang yang buka akuan aplikasi X atas nama ‘Kak Jah Sungai Dua’ dan menggunakan gambar saya. “Ini bukan akaun saya, saya dah buat laporan polis.” Terdahulu Ekin tampil memuat naik dan merungut selepas perlu membayar sebanyak RM1260 di sebuah kedai makanan laut yang dikunjunginya menerusi hantaran di Instagram.

Selang beberapa hari kemudian, peniaga kedai makanan laut tersebut tampil memuat naik video menjelaskan sebab mereka mengenakan caj sebanyak RM1260 kepada Ekin. Menurut peniaga tersebut, Ekin telah hadir ke kedai jualannya bersama hampir 20 orang termasuklah kanak-kanak. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version