Pelakon Datuk Aaron Aziz berkongsi kepada peminat bahawa hidupnya sunyi tanpa kehadiran isteri dan anak-anaknya. Menerusi sebuah hantaran di laman Instagramnya, pelakon berusia 47 tahun berkata walaupun memiliki kemewahan harta benda namun tanpa keluarga di sisi, semua itu tidak bermakna. “Hari ini saya bangun, saya rasa macam sedih. Tanpa keluarga dan anak-anak, hidup ini tidak bermakna walaupun kita ada rumah, kereta dan harta,” katanya. Klik sini untuk lihat video.
Menurutnya, dia berseorangan di rumah kerana isterinya Diana Halik dan anak perempuannya Dahlia Arissa pulang ke kampung halaman. Manakala anak sulungnya, Danish Anaqi pula berada di kem tentera sementara anak keduanya, Dwi Ariana kini berada di kolej. “Inilah keadaan di rumah, walaupun besar tapi tanpa keluarga, semua ni tidak bermakna,” ujarnya. Rakaman berdurasi seminit 54 saat itu menunjukkan Aaron berkongsi suasana rumah sambil memanggil isteri dan anak-anak, namun panggilan tersebut hanya dibalas dengan gema suara dalam rumah berkenaan.
Rata-rata warganet berkongsi rasa sama dengan pelakon filem Abang Long Fadil itu yang menyifatkan tanpa keluarga pasti timbul rasa kekosongan. Selain itu, ada juga yang tinggalkan komen walaupun anak-anak masih tinggal bersama-sama tetapi apabila keluar dalam beberapa jam, ibu bapa sudah berasa sunyi. Untuk rekod, Aaron dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Danish Anaqi, 18, Dwi Ariana, 17, dan Dahlia Arissa, 13.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.