Barang dan duit dah bagi, ada individu dedah Syada Amzah tak buat kerja review produk

Di platform X, seorang individu mendakwa Syada Amzah masih gagal melunaskan kerja membuat review terhadap sebuah produk yang telah dipersetujui olehnya. Menurut individu berkenaan, Syada tidak dapat melakukan review tersebut atas alasan banjir. Berikutan daripada itu, pihaknya telah memberi jalan penyelesaian buat penyanyi tersebut namun, job tersebut didakwa masih belum diselesaikan. “Saya pun dah resigned daripada syarikat tu. Tapi ralat betul bila dah dapat bayaran, tak tahu nak buat video atau refund. Duit dalam bank bukan kena banjir. Kita siap bagi masa dekat dia. Untuk review lain jangan jadi macam dia ni. Esok lusa orang tak halalkan tak tenang hidup. Macam hutang.”

Terdahulu, rata-rata warganet mendesak Syada untuk berdikari memandangkan dia sudah berusia 25 tahun dan boleh mencari pendapatan sendiri. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version