Selepas gagal dalam tiga perkahwinan sebelum ini, bekas suami kepada selebriti Erra Fazira, Laudya Cythia Bella dan usahawan Noor Nabila iaitu Engku Emran berseloroh mahu mencari calon isteri berasal dari Korea Selatan. Engku Emran secara berseloroh meluahkan hasrat itu ketika membalas komen daripada penyanyi Alif Satar yang memujinya kelihatan bergaya persis seorang oppa (lelaki Korea) pada sebuah hantaran di Instagram. “Nak cari isteri Korea pula lepas ni bro. Oleh kerana saya tidak faham wanita mungkin memahami wanita mungkin tidak faham dengan apa yang mereka katakan sepenuhnya.”
Bagaimanapun pelantun lagu Sesungguhnya Aku itu menganggap apa yang dibalas Engku Emran itu sekadar gurauan antara mereka sahaja. Untuk info, Engku Emran pernah mendirikan rumah tangga bersama Erra Fazira, namun berpisah tidak lama kemudian. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Engku Aleesya. Engku Emran kemudian berkahwin dengan selebriti Indonesia iaitu Laudya Cythia Bella pada September 2017 namun berpisah pada Julai 2020. Selepas itu, Engku bertemu jodoh dengan kakak kepada selebriti Neelofa, Noor Nabila pada Mac 2021 dan akhirnya mengambil keputusan untuk bercerai pada September lalu.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.