Masih lagi bertudung walaupun dah balik dari tunai umrah, ramai yang mendoakan supaya Fara Mendoza istiqamah

Pelakon dan usahawan Fara Mendoza baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah. Menariknya, sungguhpun sudah tiba di tanah air, namun, Fara tetap memuat naik gambar-gambar mengenakan tudung dan juga jubah di Instagram. Terkenal dengan penampilan menjolok mata, ramai dalam kalangan warganet dan juga pengikut Fara menasihati dan mendoakan agar wanita itu kekal dengan imej menutup aurat seperti yang dikongsikan.

“Semoga hidayah ini kekal selamanya. Betul lah apa yang Allah janji di dalam syurga itu ada bidadari. Alhamdulilah Fara. Semoga Fara istiqamah di jalan Allah Fara.” “Moga Allah jaga Fara.” Begitu doa dan harapan wargamaya terhadap Fara Mendoza. Namun, ada juga yang menyamakan Fara seperti pelakon Zila Bakarin yang kini juga telah berubah dan menutup aurat. “Tak pernah komen… Kali ni komen. Semoga istiqamah, ala-ala Zila Bakarin sekarang. Lawa, tahniah,” ujar pengguna Instagram itu.

Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version